Tuesday 19 January 2010

KELI SEDIA UNTUK DIJUAL (projek hubby)

Projek penternakkan ikan keli ini telah diusahakan selama 2 tahun dimana sebelum ini saya mengusahakan didalam bekas fiber. disebabkan masalah penggunaan kolam jenis ini saya telah bertukar kepada kolam sekarang iaitu kolam simen. saya mempunyai sijil kursus penternakan dan jual sijil dari kerajaan Negeri Selangor bagi mengukuhkan pengetahuan saya dalam bidang penternakkan ikan keli ini. Buat masa sekarang pasaran jualan saya ditumpukan di daerah Bera, Temerloh, Pekan, Mentakab dan sekitarnya. oleh kerana permintaan ikan keli semakin meningkat saya telah membuat kontrak jualan ikan di Mentakab untuk sebuah kilang di Shah Alam. ikan yang diternak diberikan 100% pellet dan dibiarkan bebas dalam kolam mengikut keadaan semula jadi habitan ikan ini. Selepas ini saya mungkin akan membuat pembenihan sendiri memandangkan permintaan yang tinggi tetapi pengeluaran yg kurang membuatkan saya sukar mendapatkan benih yang baik. Kepada yg berminat mendapatkan bekalan ikan keli boleh menghubungi saya di talian yg disediakan.



TAPAK PROJEK DI FELDA TRIANG, PURUN, PAHANG

TAPAK PROJEK DIPERINDUSTRIAN MENTAKAB, PAHANG

PENGUDARAAN ANAK BENIH BARU


KOLAM KANVAS SETIAP KOLAM 600KG

KOLAM KANVAS

KERJA-KERJA KIRAAN ANAK BENIH

ADA TEMPAHAN

SEDIA DIJUAL



BENIH IKAN IMPORT DR N9 HEHE




PROSES INDUK

PELEPASAN ANAK BENIH KE KOLAM BARU

KOLAM BARU DALAM PEMBINAAN


Monday 11 January 2010

tempahan muffin


Tempahan muffin boleh dibuat tersedia dengan pelbagai perisa seperti vanilla, coklat, oren, pandan & strawberry ..

harga adalah mengikut wrapping muffin :

muffin + plastic = RM0.80
Muffin + container = RM1.00
Muffin + container + box = RM2.00

* jika ingin tambah chocolate chip semua ditambah RM0.10

perisa lain yang boleh didapati iaitu :

- sweet pumpkin muffin - RM1.80/pcs
- chocolate chip muffin - RM1.20/pcs
- blueberry muffin - RM3.50/ pcs
- Cheddar Cheese Muffin - RM1.20 /pcs
- Carrot walnut Muffin - RM1.80/pcs
- Banana Poppyseed Muffin - RM1.20 /pcs


Thursday 7 January 2010

Tempahan kek

Tersedia pelbagai jenis kek iaitu coklat lembab, kek buah, kek span - vanilla, pandan, coklat, kek oren, Kek batik, kek pisang,kek prune, kek marble, Tersedia pelbagai saiz dan bentuk…

tempahan cupcake....

Raikan majlis dengan cupcakes!!

Majlis harijadi, ulangtahun perkahwinan, annual dinner, hantaran pertunangan dan perkahwinan, seminar, mesyuarat, hari korporat, pelancaran majlis, hari sukan, house warming, hari keluarga, parti koktail, rumah terbuka, parti bbq, surprise party, door gift, office function, Mother’s Day, Father's Day, Valentine Day, Earth Day, Friendship Day, percutian dan banyak lagi….Antara tempahan - tempahan cupcake...














































cake for my twin soul... luqman hakim




ni kek masa mula- mula belajar... untuk anakku ... kek coklat lembab....

sweet cuppies